AMNIG Blog

Wira Berjiwa Kental

Posted by AMNIG on 30 August 2019 17:35:00 BNT

 

contingent_olympic_1960

 

 

Pabila datangnya bulan Ogos, seringkali kita teringat akan mereka-mereka yang telah mengorbankan keringat dan darah demi untuk mengharumkan nama negara kita. Bukan sesuatu yang menghairankan jika masih ramai belia muda kita masih tidak tahu akan perihal wira-wira sukan negara kita dan apa yang terpaksa mereka lalui. Ianya bukanlah kerana sikap tidak ambil pusing mereka. Sebaliknya kerana kita terlalu leka dengan kesibukan masing-masing.

 

Malaysianathome

 

Sejujurnya, cerita-cerita yang hebat terlalu banyak untuk diceritakan. Salah satu yang tidak dapat dilupakan ialah perihal jaguh badminton negara sekitar tahun 60-an, Tan Aik Huang. Pada tahun 1965 pasukan badminton Malaysia Berjaya melayakkan diri ke All England Championship. Malangnya kekangan kewangan ketika itu menyebabkan Tan, yang berjaya memenangi All England 1966, terbang ke London dengan hanya berbekalkan empat baju sukan Fred Perry yang mempunyai emblem Malaysia di depan. Pada tahun seterusnya, kesempitan wang menyebabkan Tan, Aik Mong bersama-sama dengan rakan pasukan Ng Boon Bee, Tan Yee Khan, Billie Ng serta Yew Cheng Hoe terpaksa berkongsi bilik yang hanya besar sedikit daripada bilik berkembar!

 

Kelima-lima mereka.

Pastinya ia satu kenangan lucu yang tidak mungkin dapat dilupakan buat kelima jaguh ini.

Dan pastinya 53 tahun dahulu ianya bukanlah satu pengalaman yang melucukan.

 

Dapatkah kamu bayangkan jika itu yang terjadi pada atlet kita sekarang. Pastinya ia akan mengundang kemarahan-seantero negara. Kita lupa bagaimana wanita pertama yang layak ke Olimpik terpaksa menggunakan kasut getah hitam yang sama selama 7 tahun, termasuklah di pusingan kelayakan Olimpik di Tokyo pada tahun 1964 kerana ketiadaan peruntukan untuk baju dan kasut. Namun ianya tidak melemahkan semangat wira-wira negara kita. Mungkin sudah tiba masanya untuk kita menanyakan pada diri kita mengapa kita bukan lagi negara yang pernah digeruni semua? Renung-renungkan.

 

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia!

 

groupingblackwhiteimage

 

Topics: Fitness, Sportswear