AMNIG Blog

Kebaikan Pakaian Mampatan Ketika Bersenam

Posted by AMNIG on 23 September 2019 08:35:00 BNT

compression top imageDalam kehidupan kamu yang semakin sibuk, adalah sangat penting untuk memanfaatkan masa latihan kamu. Selain memilih gim yang bagus, jurulatih peribadi yang hebat dan sepasang kasut yang functional, memakai pakaian mampatan yang betul boleh meningkatkan prestasi kamu semasa bersenam.

Tidak percaya?

 

Sebenarnya memakai legging mampatan, baju dan stoking kaki boleh memberikan sokongan yang lebih baik dan menstabilkan bahagian tubuh kamu semasa kamu berlatih. Saat kamu bersenam, pakaian mampatan akan menambah tekanan kepada otot kamu dan menyokong beberapa ketegangan.

Tekanan tersebut membantu peredaran darah kamu, yang menyokong proses pemulihan semasa kamu bersenam.

 

compression men

 

Walaupun pakaian mampatan ketat, kulit kamu masih mampu untuk bernafas. Rata-rata pakaian mampatan dibuat untuk membolehkan peredaran udara dan membantu si pemakai untuk berasa sejuk semasa bersenam.

 

 

Salah satu ciri yang paling menonjol dari pakaian mampatan adalah ciri regangannya. Apabila kamu bersenam, banyak pergerakan berbeza yang terlibat. Pakaian mampatan menyokong pergerakan tanpa menghadkan pergerakan kamu. Jangan terkejut jika ramai sebenarnya yang telah jatuh cinta dengan pakaian mampatan setelah mencubanya. Walaupun tidak dinafikan ramai yang selesa untuk memakai pakaian longgar semasa senaman dan latihan. Walau bagaimanapun, pakaian yang longgar ini mungkin berbahaya sebenarnya. Harus diingat dengan memakai pakaian yang lebih ketat, fleksibiliti pakaian kamu membolehkan kamu bersenam dengan baik dan selamat.

 

Jika dihitung lebih banyak lagi kebaikan pakaian mampatan yang boleh dihujahkan terutama dengan kemajuan teknologi pakaian sukan sekarang. Yang penting, mahukah kamu mencubanya?

Topics: Sportswear