AMNIG Blog

Jangan Ambil Remeh Hal Ini

Posted by AMNIG on 10 September 2019 09:15:00 BNT

womenrun Bersukan memerlukan kamu berada dalam keadaan yang selesa supaya mudah melakukan aktiviti-aktiviti sukan sepanjang hari. Oleh itu, banyak perkara dan faktor yang perlu dititik-beratkan seperti cara bersukan serta persiapan sebelum bersukan. Antara yang paling penting ialah, pakaian sukan. Tidak dinafikan ada diantara kita yang ambil remeh akan hal ini. Satu kesilapan besar! Tahukah kamu pakaian sukan mampu memberikan kesan dan impak tenaga kamu semasa bersukan. Pakaian yang tidak selesa akan menjadikan mood kamu hilang dan tiada keyakinan diri sepanjang hari. Malah lebih teruk lagi pakaian sukan yang salah dan tidak selesa mampu mencederakan kamu!

 

Ini bukanlah omongan semata-mata, tahu?

Oleh itu, pemilihan baju untuk bersukan penting bagi mengelakkan segala masalah berlaku dan untuk menaikkan semangat serta performance kamu semasa bersukan. Sedarkah kamu, kebanyakan atlet sering memakai baju jenis yang sama dari segi material, kualiti dan potongannya, kerana semua faktor pakaian tersebut mempengaruhi aktiviti mereka. Terdapat banyak tips memilih baju sukan yang boleh kamu ikuti untuk mendapatkan keselesaan yang berpanjangan sepanjang bersukan. Antara yang paling asas sekali ialah fabrik dan potongan. Itu sahaja!

womenpinterest1

 

Pilihlah “workhorse fabric”. Atau dalam istilah melayunya, fabrik yang tahan lama dan lasak untuk kamu. Fabrik yang tahan lasak dan mampu memindahkan peluh ke udara adalah fabrik yang sangat sesuai dipakai semasa bersukan, contohnya polyester. Ini kerana fabrik yang menyerap lembapan bukan sahaja membuatkan kamu tidak selesa malah ianya akan membuahkan rasa berat semasa bersukan. Dan yang paling teruk, ianya akan membuatkan pakaian sukan berbau jika tersalah langkah.

 

Selain daripada pemilihan fabrik, asas untuk memilih pakaian sukan ialah potongan. Jika kamu gemarkan sukan larian seperti marathon, potongan yang betul adalah sangat penting. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa memakai pakaian yang terlalu longgar semasa berlari mempunyai risiko kecederaan jika kamu berlari untuk jangka-masa yang lama. Risiko seperti melecet adalah sangat sinonim dengan sukan berlari. Ini kerana lebihan fabrik yang bergesel diantara kulit kamu secara berulang-ulang akan mengundang padah. Pilihlah potongan baju yang sesuai-padan dengan badan kamu. Jika kamu berasa kurang selesa dgn pakaian yang ketat apa kata kamu cuba memakai pakaian mampatan di dalam? Ini juga dapat mengelakkan kulit daripada melecet jika bergesel secara berterusan.

 

Nah, cuba titikberatkan dua asas pemilihan pakaian sukan ini dan lihat perbezaannya.

 

Topics: Fitness