AMNIG Blog

Bila Jiran Suka Main Bakar-Bakar

Posted by AMNIG on 26 September 2019 09:19:12 BNT

man putting on fireSeronoknya jadi budak sekolah masa-masa jerebu teruk kan?  Tak perlu pergi sekolah kalau skala bacaan IPU mencecah 200.  Tapi jangan seronok sangat, sis.  Tahu tak akibat jerebu yang terlalu teruk ni telah meragut dua nyawa yang tak berdosa.  Masalah jerebu ni hampir tiap-tiap tahun kita kena hadap dah kira macam annual event kan? Dan selalunya orang akan kata, eleh dah biasa apa ada hal.  Betul?  Salah!  Kita jangan ambil mudah masalah jerebu ni.  Bayangkan kalau tiap-tiap tahun kau sedut asap beracun tu.  Dan tak semena-mena dapat penyakit.  Time tu, satu sen pun tak guna.

 

Makanya, walaupun jerebu dah semakin pulih, tak bermakna kita tak kan diserang jerebu lagi.  Jadi, macam biasa antara perkara yang korang boleh sematkan dalam diri korang setiap kali jerebu melanda ialah seperti berikut:

Elak Aktiviti Fizikal Di luar.

Kalau boleh korang elakkanlah daripada lakukan aktiviti luar tu.  Bayangkan setiap sedutan nafas korang tu bukan setakat oksigen je yang masuk malah penuh dengan asap dan udara yang tercemar.  Sayang paru-paru tak?  Tak?  Ok, next!

 

blackcat w maskStay Indoor

Walaupun bunyinya sama macam di atas sebenarnya tidak.  Kalau boleh, kalau bolehlah, perbanyakkan berada di dalam bangunan.  Kalau korang terpaksa juga berada di luar, sila pakai penutup hidung dan mulut yang sesuai. 

Tutup Tingkap

Simple kan? Tutup tingkap untuk kurangkan asap jerebu masuk ke dalam rumah atau bangunan.

Respek

Elakkan perkara yang boleh tingkatkan pencemaran udara dengan tidak merokok dan rajin-rajinkan diri bersihkan persekitaran dalaman.

 

men drinking waterMinum Banyak Air

Jinak-jinakkan diri tu dengan minum banyak air walaupun tak rasa dahaga.  Sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Boleh ke tidak?  Boleh...sebab ape? Sebab Malaysia Boleh ok.

Sebenarnya banyak lagi yang boleh korang buat untuk kurangkan ‘suffer’ semasa musim jerebu.  Tapi lagi baik kalau sikap ni diteruskan walaupun takde jerebu.  Secara tak langsung dapat bantu tingkatkan kualiti kehidupan tu.

Topics: Fitness