AMNIG Blog

Shh..Makan 5 Makanan Ini Dan Lihat Apa Jadi Ok?

Posted by AMNIG on 07 October 2019 08:30:00 BNT

girl eat mainHai, makan ape tu, sis?

Jadi perempuan ni bukan satu perkara yang mudah. Hanya perempuan je yang tau betapa susah hidup seorang perempuan ni.  Antara penyerang kaum perempuan yang utama ialah kanser payudara.  Tapi jangan ribut-ribut! Amalkan 5 makanan sihat ni dan sis mungkin dapat mengelakkan atau mengurangkan risiko diserang kanser. Untuk kaum lelaki yang nak amalkan pun boleh sebab kanser payudara bukan penyakit yang eksklusif untuk kaum perempuan je hokey!

"Take care of your body.

It's the only place you have 

to live in. "

 Sayuran Jenis Cruciferous

cruciferousBrokoli, kale, kobis bunga adalah antara sayuran jenis cruciferous yang kaya dengan bahan anti-kanser. Sayur-sayur ni mempunyai fitonutrien yang boleh menghentikan penularan sel kanser tapi bukan tu saje tau, ianya boleh menahan sepenuhnya dari ia terjadi. Hebat kan!

Protein Berasaskan Tumbuhan

Lebih dikenali dengan panggilan lentil. Dikalangan orang melayu kita panggil dal je. Protein berasaskan legume atau kekacang ni sangat bagus untuk bagi perlindungan terhadap perkembangan kanser payudara. Sejenis makanan yang penuh dengan serat, folikel, zat besi dan antioksidan tau!

 

salmon

Ikan Yang Kaya Dengan Minyak

Ikan-ikan jenis ni menggalakkan kesihatan payudara kerana dua sebab: ianya kaya dengan omega 3 dan vitamin D yang mana ia dapat menghentikan saluran darah dari tumbuh dalam tumor. Antara ikan berminyak yang mudah didapati adalah salmon, makerel dan sardin.

Biji Rami

Flax seed atau biji rami ni kaya dengan lignan. Lignan ni memberikan fiber dan merupakan sumber fitoestrogen antioksidan. Bagi yang tak tau cara untuk makan biji rami ni senang je, boleh grind bagi halus ataupun masukkan terus ke dalam makanan seperti salad, susu kocak, yogurt ataupun dicampur dalam adunan roti dan kek. Yum!

Kunyit

Kandungan curcumin dalam kunyit ni sebenarnya mampu untuk mengawal penyebaran sel-sel kanser daripada merebak. Bukan tu je, kunyit juga mampu untuk mengurangkan kerosakan toksik kesan daripada rawatan kemoterapi. Malah kunyit ni sebenarnya bagus untuk dalaman. Hebatkan kunyit?

Jadi untuk kaum-kaum perempuan silalah bermula daripada sekarang dan mula untuk berjinak-jinak dengan superfood ni.  Tak rugi pun sebab bila dah disapa penyakit nanti bak kata orang tua kita sesen pun tak guna, kan?

 

 

Topics: Meals, "Trendy"